Monday, December 28, 2015

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Delay)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Tunggu punya tunggu punya tunggu ABG MAN senyap je takde ape2 berita pasal gazebo ni.. Quotation pun belum aku dapat..Alamak!!!..Nasib duit deposit aku belum bagi..Kalau tak hancus..huhu..Semggu lagi dah nak naik sekolah dah ni..Gazebo lum start lagi..huhu..Lari timing ni..Siasat punya siasat ABG MAN ni busy ngan job die.. So tak sempat nak buat gazebo batch10 ni..

Aku deal balik ngan Cikgu MT Sairi berkenaan gazebo ni..Alhamdulillah die ade kontraktor lain yang boleh buat gazebo ni. So deal bali kngan kontraktor lain..Tak sabo aku nak tgk pembinaan gazebo ni bermula..Tapi tula..Dah lari timing..Biar lambat asal selamat.Hehe

In sha Allah bulan Februari 2016 nanti baru kontraktor akan mula buat gazebo ni..Disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Harap semua berjalan lancar & dipermudahkan..Amin!

Wednesday, December 16, 2015

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Deal Kontraktor)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Beberapa orang kontraktor telah dikenal pasti..final deal ngan sorang kontraktor..ABG MAN..dia pun dah tengok sendiri lokasi yang batch10 cadangkan untuk bina gazebo tu..beberapa perkara yang die advise aku mase tu..(x sempat amik pic sebagai bukti di lokasi pembinaan)...haha...antara perkara yang die advise:

1. Lokasi dekat dengan tebing - takut2 tanah lama2 runtuh
2. Kos pembinaan maybe akan lebih daripada bajet (kos : rm6,000.00 anggaran)
3. Kerusi & Meja (ikut gambo) pattern lama..die cadang pakai yang ready made
4. Kalo hujan akan tempias ke koridor berdekatan
5. Adjustment on plan asal gazebo tu (saizing)

Aku serah pada yang pakar..kontraktor lagi pakar & pengalaman buat bende2 ni..so aku ikutkan jela..ape2 pun aku tunggu quotation daripada kontraktor untuk gazebo ni. Mane la tau die tiaw sampai 10k..lari bajet kang..

Harap semua berjalan lancar & dipermudahkan..Amin!


Tuesday, December 15, 2015

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Lokasi Terpilih)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..Setelah mendapat beberapa komen dan perbincangan bersama pihak sekolah..akhirnya lokasi yang terpilih untuk batch10 mendirikan gazebo adalah di lokasi seperti dibawah :

:: Lokasi : Depan Bilik KH ::
Lokasi dipilih adalah berdasarkan keperluan & kepengunaan gazebo berkenaan kepada pelajar & guru di sekolah. Maintenance gazebo juga lebih terjamin berbanding di lokasi2 yang lain. 

Diharapkan agar urusan pembinaan gazebo ini dipermudahkan & berjalan lancar. Amin! 

Monday, December 7, 2015

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Plan Arkitek)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Terima kasih & kredit utk saudara Fakhir Jaafar-Apo (Arkitek) atas kesudian beliau untuk melukiskan plan asas pembinaan Projek Batch10 - SMAKJ 2015 ni. Cun tu lukisan plan ni..

:: Plan Gazeba ::

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Lokasi Pilihan)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Seperti yang telah dirancang..Disember adalah bulan untuk proses seterusnya..iaitu pemilihan tapak projek & juga memilih kontraktor yang sesuai untuk membina gazebo ni.. Bukan cikai2 punya projek ni & juga nilaian RM.. So kene tol2 pilih ni..

Hasil lawatan tapak aku ke SMAKJ baru2 ni..ada lah beberapa lokasi yang nampak strategik untuk dibangunkan gazebo ni..tengok gambo di bawah

:: Lokasi 1 : Depan Bilik KH ::

:: Lokasi 2 : Sebelah Dewan Kuliah ::
:: Lokasi 3 : Belakang Dewan Harun-Arrasyid ::
:: Lokasi 4 : Padang Bola ::

Ulasan lokasi

Lokasi 1
- Sesuai guna sesi sekolah @ luar sesi sekolah
- Sumber air dekat
- Agak privasi (luar sesi sekolah)

Lokasi 2
- Sesuai guna sesi sekolah @ luar sesi sekolah
- Sumber air dekat
- Open space

Lokasi 3
- Sesuai guna luar sesi sekolah
- Sumber air dekat
- Open space

Lokasi 4
- Sesuai guna luar sesi sekolah
- Open space
- Sumber air jauh skit 
- Sedia ada gazebo kayu (uzur) 

Mohon komen kawan2 utk pemilihan tapak projek ini.. :)

Tuesday, December 1, 2015

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (#Gazebo-Dana Terkumpul)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..pejam celik 3 bulan masa pengumpulan dana untuk merealisasikan Projek 2015 - SMAKJ Batch10 telah berlalu..hasil kutipan yang terkumpul sehingga 01.12.2015 adalah RM 5,500.00 hasil sumbangan ahli batch10 sendiri & juga sumbangan org awam (bukan ahli batch10). Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang2 yang sangat dermawan. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki tuan/puan semua. Amin!

Sumbangan masih dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang. Mana lah tahu boleh bina 1 lagi gazebo tambahan. :)

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada saya di:

NO AKAUN : 151025641516 (Maybank)
NAMA : MOHD FAHMI BIN AMIR

** Perhatian : Sila maklumkan (attach bukti) sekiranya ada buat transfer sumbangan. Untuk rekod & pengesahan.