Sunday, December 28, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Alhamdulillah)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..27.12.2014 (Sabtu) Batch10 SMAKJ telah memberikan sedikit sumbangan @ infaq untuk kegunaan surau @ musolla SMAKJ. Barangan berkenaan telah diserahkan kepada Ustaz Zaidi Mahmood untuk diagihkan @ letak di tempat yg sesuai. Barang yang telah diserahkan :

1. Sejadah Besar – 48 Helai
2. Sejadah Kecil – 7 Helai
3. Telekung – 1 Set
4. Carpet – 2 Helai
5. Yassin – 110 Buah
6. Al-Quran – 1 Buah
7. Al-Quran Tajwid & Terjemahan – 3 Buah
8. Mathurat – 2 Buah
9. Wirid & Doa – 6 Buah
10. Vakum – 2 Buah
11. Frame Ayat Al-Quran – 1 Buah
12. Tasbih – 6 Utas
13. Rak Buku (4 Tingkat) – 4 Buah

Terima kasih kepada mereka2 yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam perkara ini. Semoga diluaskan lagi rezeki semua..Amin!!

:: Surau SMAKJ ::
:: Musolla Aspuri ::

:: Yasin ::
:: Mathurat..Wirid&Doa..Al-Quran ::
:: Vakum ::
:: Sejadah ::
:: Rak Buku ::
:: Carpet ::
:: WASSALAM :: 

Thursday, December 11, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2015 (Cadangan Baru)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Untuk projek batch10 seterusnya @ Tahun 2015, Ustaz Zaidi mencadangakan kite infaq @ sumbangkan ke Kelas Tahfiz pulak. Kelas tahfiz ni adalah kelas khas yang dibuat untuk budak2 tahfiz menggunakan kemudahan yg ada.Lebih kurang mcm library la. Tp kemudahannya adalah Al-Quran, rehal n sebagainya..semasa aku g tgk kelas tu agak bersepah sebab digunakan untuk exam ape ntah..5 kelas digabungkan menjadi mcm dewan la.

:: Kelas Tahliz (tingkat 2 bangunan kte blaja dulu) ::

Asalnya Kelas Tahfiz ni leh gak kite jadikan projek 2014 gantikan surau. Tp kos agak tinggi. So projek 2014 tak mampu nak support. Antara kos yg aku diberitahu oleh Ustaz Zaidi adalah :

1. Bertikar Getah - RM200.00 x 10 gulung = RM2,000.00
- Tikar getah lama dah berusia 5 tahun.

2. Rak Buku RM250.00 x 6 buah = RM1,500.00
- Rak sedia ada hanya 2 buah n dh uzur.

3. Rehal - RM20.00 x 100 unit = RM2,000.00
- Kebanyakan rehal sudah rosak.  

:: Rak Buku ::
:: Rehal ::
Oleh kerana kos untuk sumbangan ini agak tinggi, aku cadangkan kite wat sumbangan @ infaq ni base on item & lot (dah mcm saham ni...saham akhirat). Kte cuba dapatkan seberapa banyak lot untuk item berkenaan. Lot & item mcm ni :

1. Bertikar Getah - RM20/lot
2. Rak Buku RM25.00/lot
3. Rehal - RM20.00/lot

Konsep mcm korang penah tahu @ nampak infaq Al-Quran, bangunan, tanah, n lain2 untuk tujuan kebaikan. So sape2 leh sumbang @ infaq..Kite open kepada sesiapa sahaja. In sha Allah leh capai target.
Kalau ikutkan kelas ni kene prepare sebelum kemasukan pelajar baru. Tapi kos yg terbatas agak susah nk wat dalam masa terdekat ni..So, aku cadang kite start sekarang sampai 15 Januari 2015 (fasa 1)..kite akan teruskan untuk fasa seterusnya selepas tu mengikut keperluan.

:: WASSALAM ::  
 

Tuesday, December 9, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Alhamdulillah)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Untuk Projek Batch10 - SMAKJ 2014 kite dah buat pindaan atas keperluan n advise daripada Ustaz Zaidi. Projek Batch10 TIDAK LAGI fokus kepada surau tetapi tertumpu kepada 2 musolla aspuri. Tetapi fungsi beberapa barangan sumbangan masih boleh diguna pakai untuk surau @ musolla @ majlis2 lain (solat hajat, tahlil n lain2). Barangan sumbangan yang telah terkumpul akan diserahkan kepada Ustaz Zaidi & Cikgu Rafqah untuk diletakkan ditempat yang sesuai. Antara barangan yang akan diserahkan adalah (setakat yang dah terkumpul):

1. Sejadah - 100 helai
2. Vacum - 2 buah
3. Yasin - 100 unit
4. Buku agama - 20 unit
5. Al-Quran & Tafsir - 3 unit
6. Rak Buku (4 tingkat) - 2 unit (dana khas)
* barang sumbangan @ infaq yg sebenar akan diberitahu selepas tarikh serahan nnt. 

Alhamdulillah..so aku akan serahkan sumbangan @ infaq ni pada hari Sabtu 27.12.2014 jam 10.00 pagi. Kepada sapa2 yang berkelapangan boleh la dtg gak untuk tgk sendiri @ melawat @ jalan2 @ usha2 SMAKJ. Mungkin Ustaz Zaidi akan mengambil barangan ni. 

:: WASSALAM :: 

Monday, December 8, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Pindaan Sedikit Objektif)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Objektif: 
      1.      Tambah baik kemudahan yang sedia ada. 
      2.       Perbaiki kemudahan yang telah rosak. 
      3.       Cat baru. - Dipinda
      4.       Tambah bahan bacaan (Al-Quran, Kitab, Yasin) 
      5.       Gotong-royong pembersihan. - Dipinda

Pada 4 Disember 2014 yang lalu, Aku dah berjumpa sendiri ngan Ustaz Zaidi Mahmood berkenaan projek Batch10 ni. Selalu sekadar berwhatsapp je. Beberapa perkara telah dibincangkan. Antaranya keperluan surau @ musolla, perancangan tahun 2015, keperluan kelas tahfiz dan beberapa isu lain. 

Ustaz Zaidi mencadangkan kepada Batch10 agar TIDAK terlalu fokus untuk makeover surau sahaja. Ini kerana, surau adalah dibawah tanggung jawab pembangunan Jabatan Agama Islam Johor. Means untuk surau memang dh ade budget sendiri. Cume keperluan @ bahan bacaan boleh disumbangkan. Diberitahu juga sekarang ni surau SMAKJ dalam proses untuk ditambah baik menjadi 2 @ 3 tingkat. Atas keperluan semasa kot. So kurang sesuai untuk infaq ke arah surau wat mase ni.

:: Luar Surau SMAKJ ::

:: Dalam Surau SMAKJ ::
Walau bagaimanapun, barang2 hasil infaq @ sumbangan yang telah aku collect seperti sejadah, tasbih, yasin, vacum, telekung, buku2, duit n lain2 masih boleh disumbangkan kepda SMAKJ. Maybe akan diletakkan di musolla aspuri. Kerana musolla aspuri tiada budget khas dari jabatan agama. Sebab musolla ni mcm tak rasmi punya pembangunan. SMAKJ yg nak buat sendiri. Musolla plak ade 2 iaitu di aspuri bawah n aspuri sains.
:: Musolla Aspuri Bawah ::
:: Musolla Aspuri Sains ::

So PERUBAHAN sedikit berkenaan OBJEKTIF asal Projek Batch10 untuk makeover surau perlu DIPINDA atas cadangan dan persetujuan Ustaz Zaidi. Tetapi masih ade kaitan @ boleh sumbangkan infaq kerana ada 2 musolla aspuri yang juga memerlukan bantuan @ sumbangan @ infaq sekadar mampu.

Cadangan Baru Projek Batch10 akan ditulis dalam post seterusnya..tungguuuuu....

:: WASSALAM ::  

Monday, November 17, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Pindaan Tarikh)

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa tarikh pengumpulan barangan dipanjangkan lagi iaitu tarikh tutup pada :

15.12.2014 (Isnin)

Ini kerana, pelaksanaan projek ini adalah pada minggu terakhir bulan Disember 2014 iaitu pada :

27.12.2014 (Sabtu)

Perkara ini telah dipersetujui oleh wakil pihak SMAKJ iaitu Ustaz Zaidi Mahmood & Cikgu Rafqah.

Mohon rakan2 yang berminat untuk menyalurkan bantuan dalam sebarang bentuk (fizikal, barangan, duit n lain2) boleh berhubung dengan AKU untuk kita sama2 plan projek ni.

Wednesday, October 15, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Barang Sumbangan-Terkumpul)

Barang Sumbangan-Terkumpul

Boleh dilihat di link ini :

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MkGvruDEIvOxIuEMV4y2xbNfgeDNsCFfP5qJvveQ7vk/edit?usp=sharing


Projek Batch10 - SMAKJ 2014 (Barang Sumbangan)

Antara Barang-Barang Yang Boleh Disumbangkan Untuk Projek Batch10:

Jom sumbang barang terpakai yang korang ase tak pakai @ lebihan @ memang untuk disumbangkan @ ape2 jela sbb. Kita akan kumpulkan barang2 ni sebelum ke SMAKJ hujung November 2014 nanti. Aku (Mohd Fahmi Amir) sendiri akan kumpulkan barang2 dari kawan2 lain. Harap kerjasama dari semua. Projek ni projek Batch10. Aku cuma membantu setakat yang mampu.

1. Bahan Bacaan - sesuai untuk diletakkan di surau @ musolla
    - Al-Quran*
    - Yasin*
    - Mathurat
    - Kitab
    - dll

2. Peralatan Solat
    - Sejadah*
    - Tasbih
    - Tabir*
    - Telekung*
    - Kopiah
    - dll

3. Peralatan Elektrik - yang sesuai
    - PA Sistem*
    - Mikrofon*
    - CD Mengaji
    - Speaker*
    - DVD
    - Projektor
    - dll

4. Kabinet - portable
    - Kabinet*
    - Rak Sejadah
    - dll

5.  Peralatan Pembersihan
    - Penyapu
    - Penyodok
    - Bulu Ayam
    - Sabun Cuci Lantai
    - Plastik Sampah
    - dll

6. Lain-Lain
    - Selipar Jamban*
    - dll

* ANTARA BARANG YANG SANGAT DIPERLUKAN

Wednesday, October 1, 2014

Projek Batch10 - SMAKJ 2014


Intro
Tahun 2014 genap umur kita 30 tahun. Genap juga 13 tahun kita meninggalkan SMAKJ. Banyak kenangan manis pahit kita di SMAKJ samada kita sedar @ tidak. Oleh yang demikian, apa salahnya kita menyumbang @ membuat sesuatu yang memberikan kebaikan kepada warga SMAKJ bagi melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang bijak pandai. Setelah berbincang bersama Ustaz Fuad & Cikgu Rafqah, batch10 telah setuju untuk Make-Over Surau Aspura & Musolla Aspuri semampu yang boleh. Projek ini akan membawa nama Batch10 dalam kenangan SMAKJ kelak. Pendapat @ kepakaran ahli Batch10 dalam projek ini amat-amat dinantikan.

      Objektif: 
      1.      Tambah baik kemudahan yang sedia ada. 
      2.       Perbaiki kemudahan yang telah rosak. 
      3.       Cat baru. 
      4.       Tambah bahan bacaan (Al-Quran, Kitab, Yasin) 
      5.       Gotong-royong pembersihan.

      Sumber: 
      1.       Mengumpul barang terpakai dari batch10 & SMAKJian lain.
-          Bahan bacaan (Al-Quran, Yasin, Kitab, dll)
-          Peralatan elektrik (PA Sistem, Speaker, Projektor, Radio, DVD, CD, dll)
-          Peralatan pembersihan (Penyapu, Sabun, dll)
-          Kabinet / Rak.
-          Peralatan solat (Tasbih, Sejadah, Tabir, Telekung)
-          Kemudahan lain (Selipar, Terompah, dll)
  
       2.       Dana Infaq Batch10
-          Topup sekiranya perlu.
  
       3.       Sponsership Swasta
-          Sekiranya ada kenalan yang lain ingin menyertai projek.
-          Sumbangan persendirian.

      Pelaksanaan: 
      1.       Penglibatan semua Batch10 SMAKJ yang berkesempatan untuk menjayakan. 
      2.       Perlu wakil setiap kawasan untuk collect sumbangan. 
      3.       Joint venture Batch10 bersama Pengawas & MPP SMAKJ.

      Tempoh Pengumpulan Sumbangan: 
       - Oktober hingga 15 November 2014

      Tarikh Jangkaan Projek Dilaksanakan: 
      - Minggu pertama cuti sekolah (22.11.2014-Sabtu) * tertakluk kepada perubahan

** Kerjasama @ Volunteer amat diharapkan untuk menjayakan projek ni.